Dalit, Inandung and Dalit Laut Estate

Ladang Dalit boleh dikelaskan sebagai sebuah pembangunan pertanian sosial yang berjaya di Sabah. Pembahagian dividen sebagai peluang kepada pendapatan kepada peserta program di Dalit boleh di lihat sebagai pencapaian terbesar oleh LKTNS, dan negeri Sabah dalam agenda pembasmian kemiskinan dan memperbaiki taraf hidup rakyat di luar bandar.


Bermula dalam tahun 1997, Dalit (1 dan 2) terletak 42 km daripada bandar Keningau. Pembangunan di kawasan ini telah bermula pada bulan Ogos, 1997 dengan pembukaan plot penyemaian diikuti dengan mendirikan ladang Sawit pertama pada tahun 1998. Jumlah kawasan yang ditanam dengan kelapa sawit boleh menampung sebanyak 300 peserta daripada lima buah kampong di Dalit seperti Kampung Dalit Gana, Dalit Laut, Melosok, Punggol dan Kelampuan. Ladang Dalit 1 adalah dipunyai oleh LKTNS sepenuhnya yang berasal daripada tanah kepunyaan kerajaan negeri.


Perjanjian di antara peserta di Dalit (1 dan 2) dengan LKTNS telah dimaktubkan pada thaun 2005. Dalam perjanjian itu, pihak LKTNS akan menguruskan tanah para peserta yang dikategorikan di bawah tanah yang dituntut sebagai tanah hak asasi bagi suku kaum Murut (Tagal) sehingga tahun 2025. Setiap peserta telah pun diberikan 6 hektar plot yang dioindah milikkan kepada mereka selepas 15 tahun menyertai program penanaman sawit dengan pihak LKTNS. Persefahaman ini akan berkongsi keuntungan sebanyak 60:40, di mana pihak komuniti mendapat 60% daripada keuntungan bersih. Adalah dijangkakan yang dalam masa yang ditentukan pihak LKTNS akan mendapat semula jumlah pelaburan asal mereka selepas tempuh ini.


Model pembangunan Ladang Dalit memberi peluang kepada peserta untuk merebut peluang pekerjaan di ladang mahupun dalam pengurusan di pejabat ladang. Ini adalah salah satu cara pihak LKTNS memberi lebih kepada peserta dengan menadakan peluang pekerjaan dan memberi pendekatan secara teknikal kepada peserta tentang teknik-teknik betul dalam pengurusan ladang kelapa sawit. 

 

Kembali 

                     

Copyright © 2017 Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). All Rights Reserved.