Bingkor and Kandang Besar

Skim Bingkor terletak 10km daripada bandar Keningau, di mana skim ini telah dibangunkan bersama satu lagi skim penanaman kelapa sawit dikenali sebagai ‘Kandang Besar’. Projek ini diperkenalkan sebagai pembangunan khusus di daerah Keningau di mana pembangunan komuniti secara berkelompok di kawasan tanah yang terbiar. Skim bermula dari Mukim Bingkor di Keningau sehingga ke sebuah kawasan kecil di daerah Tenom yang mana kelapa sawit telah pun ditanam sejak tahun 1992. Terdapat sebanyak 109 pemilik tanah daripada sembilan buah kampong di Ladang Bingkor. Concept projek pekebun kecil berkelompok ini telah dipersetujui bersama di antara LKTNS dan peserta dalam usahasama yang memberi mandate kepada LKTNS dan peserta untuk melaksanakan kerja-kerja di Bingkor.


Manakala pembukaan ladang kelapa sawit di Kandang Besar diprintiskan oleh Ahli Dewan Bingkor yang lepas yang didaftarkan oleh beliau sebagai badan koperasi. Koperasi Kandang Besar telah meminta dan mencalonkan pihak LKTNS untuk membangunkan kawasan di Kandang Besar bagi tujuan penanaman kelapa sawit dalam tahun 1999. Kawasan tersebut pada awalnya adalah tanah simpan ragutan (grazing reserve) sebanyak 192 hektar yang dipunyai oleh sepuluh buah kampong di persekitaran yang pada akhirnya bersekutu menjadi enam buah kampong keseluruhannya. Perjanjian persefahaman antara pihak LKTNS dan Koperasi Kandang Besar telah ditanda tangani pada bulan Disember 1999 dan kerja-kerja lapangan telah siap pada bulan September 2001. Pada masa ini, struktur perkongsian dengan pihak Koperasi kandang Besar adalah pada tahap yang membanggakan melibatkan perserta sebanyak 1188.


Kembali

 


                     

Copyright © 2017 Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). All Rights Reserved.