Nabawan

Objektif utama penubuhan skim Nabawan adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan di Nabawan. Skim ini adalah ditarajui melalui agenda Malaysia dikenali sebagai ‘Gerakan Desa Wawasan’ yang dicadangkan pada masa pelancaran Rancangan Malaysia ke-9 dengan objektif utama untuk membasmi kemiskinan di Malaysia dalam tahun 2020. Secara sah skim ini adalah terletak di bawah status Hutan Simpan komersial (Class II) di mana hak adalah terletak di bawah kuasa Jabatan Hutan Negeri Sabah. Secara majoritinya penduduk di Nabawan adalah terdiri dari suku kaum Murut yang datangnya dari latarbelakang bercucuk tanam sebagai petani setempat kecil-kecilan dan pekebun kecil sawit dan juga bekerja sebagai kaki-tangan kerajaan. Jumlah sebenar peserta adalah sebanyak 438 individu, tetapi pada bulan September 2012 sebanyak 311 peserta baru telah menyertai program penanaman semula sawit dengan pihak LKTNS memberi jumlah keseluruhan sebanyak 749 peserta.


Kembali 

                     

Copyright © 2017 Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). All Rights Reserved.