top of page

Sabaras Sdn Bhd

Setakat tahun 2023, kadar SSL (Self-Sufficient Level) negeri Sabah masih berada pada paras rendah iaitu 22%. Beras atau nasi adalah makanan ruji rakyat di negeri Sabah yang mempunyai penduduk seramai 3.59 juta populasi, berdasarkan Banci Malaysia yang dibuat pada tahun 2020. Bagi memenuhi permintaan terhadap produk beras di negeri Sabah ini, sebanyak 78% bekalan beras datang dari negara-negara pengeksport beras antaranya Thailand dan Vietnam. Pengimport beras tunggal negara iaitu BERNAS, bertanggungjawab untuk mengimport beras putih dan juga beras istimewa sekaligus memastikan bekalan beras dalam negara sentiasa mencukupi.


Sabaras telah ditubuhkan pada 14 Mei 2013 dan telah menjadi salah satu pemborong beras berlesen hasil kerjasama antara Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) dengan Malamega Sdn. Bhd. bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pasaran tempatan dan rantaian bekalan produk beras import dalam negeri.


Sabaras Sdn Bhd (SSB) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB). Pada 7 Jun 2017, SLDB mengambil alih sepenuhnya syarikat Sabaras Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Idrus bin Shafie selaku Pengerusi syarikat. Pada 6 Mei 2022, Kementerian Kewangan Sabah di bawah Kerajaan Negeri Sabah telah melabur 20% ekuiti dalam syarikat itu.

Gallery

  • Facebook

©2025 by Sabah Land Development Board

bottom of page