• Program pengagihan Set Pam Madu Kelulut kepada 41 peserta Projek Ternakan Lebah Kelulut di bawah program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) di Kg. Bingkor telah diadakan pada 14 Januari 2021.

• Agihan tersebut adalah peruntukan yang disalurkan oleh LKTNS kepada peserta AET melalui Dana Geran AET yang diperoleh daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).

• Setiap set yang diagihkan dilengkapi dengan Pam Sedut Madu boleh alih (portable) berserta botol / gelen penyimpanan madu serta topi dan PPE sebagai pelindung keselamatan peserta ketika melakukan kerja penuaian hasil madu dari ternakan kelulut mereka.

• Kelengkapan penuaian tersebut merupakan inisiatif unit AET LKTNS dalam memastikan kelestarian projek Ternakan Lebah Kelulut yang diusahakan oleh peserta AET LKTNS di samping dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil madu kelulut sebagai pendapatan sampingan peserta.

• Kelengkapan penuaian tersebut diberikan bukan sahaja kepada peserta AET di Bingkor, tetapi juga untuk semua peserta LKTNS yang mengusahakan ternakan lebah kelulut di bawah program AET.