Program Penyerahan Bantuan Susulan Kepada Mangsa Kebakaran Suan Lamba

Date : 11 November 2022


Sumbangan 100 PAX Makanan Bermasak Kepada Petugas Barisan Hadapan Dan Gelandangan Di Sekitar Bandar Kota Kinabalu

Date : 14 April 2022


Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan

Date : 13 April 2022


Program penyerahan bantuan mangsa banjir di Kg. Rancangan Suan Lamba Ph 1 dan Ph 2 oleh Ahli Lembaga Pengarah LKTNS YBhg. Encik Abdul Azis Damcha bersama Pengurus Besar LKTNS Encik Syaheddrul R Joddari serta pengurusan kanan LKTNS.

Date : 22 Januari 2022


Penyerahan sumbangan bantuan 200 kampit beras daripada pihak LKTNS telah dilaksanakan pada 17 December 2021 di Kg. Bolong Baru, Tuaran

Date : 17 Disember 2021


Penyerahan sumbangan bantuan 200 kampit beras daripada pihak LKTNS telah dilaksanakan pada 16 November 2021 di Pejabat Pemimpin Pembangunan Masyarakat (Jabatan Ketua Menteri) Kawasan DUN N.24 Tanjung Keramat, Putatan. LKTNS diwakili Tuan Ridwanshah Bin Bandu (Pemangku Pengurus Hal Ehwal Pekebun-Pekebun Kecil) telah membuat penyerahan kepada PPM N24 Encik Sofian Matin, CDO N24 Encik Mahadir Majid dan Penyelia PPM N24 Encik Sumitah Hassan di Pejabat Pemimpin Pembangunan Masyarakat (Jabatan Ketua Menteri) Kawasan DUN N.24 Tanjung Keramat, Putatan.
Pengagihan sumbangan beras ini akan diberikan kepada penduduk sekitar Kawasan N.24 Tanjung Keramat yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid19. Di harap sumbangan bantuan ini dapat meringankan beban para penduduk yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid19.

Date : 16 Nov 2021


Penyerahan sumbangan bantuan 200 kampit beras daripada pihak LKTNS telah dilaksanakan pada 13 Oktober 2021 di Pejabat Daerah Pitas. LKTNS diwakili Tuan Jailani (Pegawai Penguasa MESEJ Tukar & Mensalu), Tuan Ridwanshah Bin Bandu (Pemangku Pengurus Hal Ehwal Pekebun-Pekebun Kecil) dan Tuan Mohd Azrul Tasim (Penyelia Kanan Ladang) telah membuat penyerahan kepada Pegawai Daerah Pitas Tuan Firuz Idzualdeen @ Benetty Bin Mohd Dzul, Penolong Pegawai Daerah Encik Lee Chin Kiat, Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran Encik Johari Bin Abdullah dan Pembantu Penolong Pegawai Daerah Encik Rahman Jayari di Pejabat Daerah Pitas.
Pengagihan sumbangan beras ini akan diberikan kepada penduduk sekitar Kawasan Pitas yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid19. Di harap sumbangan bantuan ini dapat meringankan beban para penduduk yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid19.

Date: 13 Okt 2021


SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR DI KG. SUGUD DAN KG. MAANG, PENAMPANG.
Penyerahan sumbangan barang keperluan harian daripada LKTNS telah dilaksanakan pada 24 September 2021 di Pejabat Korporat SLDB (KK Times Square). LKTNS diwakili Pengurus Besar LKTNS, Tuan Syaheddrul R Joddari telah membuat penyerahan kepada Pengerusi Srikandi Muda Bersatu Sabah. Selain daripada itu juga, LKTNS turut membuat penyerahan kepada salah satu kakitangan LKTNS (Puan Shelvee Bidu) yang terjejas akibat banjir terebut. Dianggarkan lebih daripada 300 buah rumah mangsa banjir memerlukan bantuan. Antara fokus bantuan adalah membekalkan air bersih untuk makanan dan minuman serta kegunaan harian memandangkan mangsa banjir telah terputus bekalan air yang bersih.

Date : 24 Sep 2021


Penyerahan sumbangan bantuan 200 kampit beras daripada pihak LKTNS telah dilaksanakan pada 17 September 2021 di Eastern Plaza, Tawau. LKTNS diwakili Tuan Rosli Bin Gunsu (Pemangku Pengurus Kanan Wilayah Timur), Tuan Ridwanshah Bin Bandu (Pemangku Pengurus Hal Ehwal Pekebun-Pekebun Kecil) dan Puan Murni Binti Mahadi (Penyelia Pejabat) telah membuat penyerahan kepada Datuk Hj. Abd Muis Hj. Picho Di Eastern Plaza, Tawau.

Pengagihan sumbangan beras ini akan diberikan kepada penduduk di beberapa buah kampung (sekitar Kawasan Kelabakan) yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid19. Di harap sumbangan bantuan ini dapat meringankan beban para penduduk yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid19

Date: 17 Sep 2021


Penyerahan sumbangan bantuan 200 kampit beras daripada pihak LKTNS telah dilaksanakan pada 14 September 2021 di Pejabat Wisma bandaraya, Kota Kinabalu. LKTNS diwakili Tuan Haji Fauzie Jamlee (Pemangku Pengawal Perkhidmatan Korporat), Encik Ag. Rovelta James (Pengurus Pembangunan Sosial dan tugas-tugas khas), Tuan Ridwanshah Bin Bandu (Pemangku Pengurus Hal Ehwal Pekebun-Pekebun Kecil) dan Puan Azirah Hj Nunong (Pemangku Pengurus Komunikasi Korporat) telah membuat penyerahan kepada YB Datuk Hj. Yakub Khan di Pejabat Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu. Hadir sama pada majlis ringkas tersebut adalah Pn. Noraini Idris (Setiausaha Sulit), En. Zainudin Aman (Timbalan Setiausaha Tetap I), dan En. Razeki Rashid (Setiausaha Sulit).

Pengagihan sumbangan beras ini akan diberikan kepada penduduk di beberapa buah kawasan iaitu sekitar Kawasan Karambunai, Darau dan Inanam yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid19. Di harap sumbangan bantuan ini dapat meringankan beban para penduduk yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid19.

Date: 14 Sep 2021


Kunjungan pihak konsulat ke Punteh manghantar bantuan kebakaran pada 13 September 2021. Diwakili oleh Pak Iman Siregar, Boni Vantura, Siprianus Sina, Darma Alfianshah.

Date: 13 Sep 2021


Penyerahan sumbangan bantuan 200 kampit beras daripada pihak LKTNS telah dilaksanakan pada 10 September 2021 di Kg. Timbang Dayang, Kota Belud. LKTNS diwakili Tuan Haji Fauzie Jamlee (Pemangku Pengawal Perkhidmatan Korporat) dan Pn. Azirah Hj Nunong (Pemangku Pengurus Komunikasi Korporat) telah membuat penyerahan kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.10 Usukan Di Kg. Timbang Dayang, Kota Belud. Hadir sama pada majlis ringkas tersebut adalah En. Matlan Marjan (Pemaju Masyarakat).

Pengagihan sumbangan beras ini akan diberikan kepada penduduk di Kawasan Kg. Timbang Dayang, Kota Belud yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid19. Di harap sumbangan bantuan ini dapat meringankan beban para penduduk yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid19.

Date: 10 Sep 2021


Lawatan & Bantuan pekerja mangsa Kebakaran Ladang KAV Punteh

Date : 05 Sep 2021


Penyerahan sumbangan bantuan 200 kampit beras daripada pihak LKTNS telah dilaksanakan pada 1 September 2021 di Balai Raya Kg. Takis, Papar. LKTNS diwakili Tuan Hj Fauzie Jamlee (Pengawal Perkhidmatan Korporat), Encik Ag. Rovelta James (Pengurus Pembangunan Sosial dan tugas-tugas khas) dan Puan Azirah Hj Nunong (Pengurus Komunikasi Korporat) telah membuat penyerahan kepada YB Mohd Tamin @ Tamin Bin Zainal Dun Pantai Manis N29 di Balai Raya Kg.Takis, Papar. Hadir sama pada majlis ringkas tersebut adalah En. Saibun Mudin (Peg Khas YB Mohd Tamin), En. Mohd Saufi Safli (Para Pemaju Masyarakat) dan juga En. Rashid Tahir (Ketua Daerah Mengundi Mukim Kelanahan).
Pengagihan sumbangan beras ini akan diberikan kepada penduduk di 12 buah kampung (sekitar kawasan Dun Pantai Manis, Papar) yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid19. Di harap sumbangan bantuan ini dapat meringankan beban para penduduk yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid19.

Date: 1 Sep 2021


Misi penyerahan bantuan bakul makanan LKTNS diteruskan lagi ke Wilayah Timur bermula 26hb Ogos 2021 sehingga 28hb Ogos 2021.
Selain daripada aktiviti penyerahan bantuan kepada para peserta di Ladang Lormalong dan Sapang (Kunak), Pengerusi dan Pengurusan LKTNS juga telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kebun Kelapa Pandan yang terletak di Beluran.

Date: 26-28 Ogos 2021


Penyerahan sumbangan bayaran tuntutan dibawah Skim Insuran Nyawa Berkelompok kepada WARIS keluarga mendiang Peter Kansung, mantan Pengurus Ladang SLDB Wilayah Barat Keningau yang telah meninggal dunia pada 18 Ogos 2021

Date : 18 Ogos 2021


Penyerahan Dividen Suku Kedua 2021 dan Penyerahan Bantuan Bakul Makanan di Ladang Binakaan, Sook telah diadakan pada 11hb Ogos 2021 (Rabu).

Penyerahan dividen tersebut melibatkan seramai 29 orang peserta dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM48,381.68.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengurus Wilayah Pantai Barat Tuan Jasni Yusof dan Encik Bon Lobinin (Pengurus Ladang Binakaan).

Sebagai makluman, ladang Binakaan pernah ditahan selama 3 tahun lebih bermula tahun 2016. Pada tahun 2020 pihak LKTNS telah berjaya memujuk sedikit demi sedikit para peserta utk kembali berkerjasama dgn pihak LKTNS.

Date : 11 Ogos 2021