GERAN KOMUNAL

Communal Land Title Development (Geran Komunal)

Pembangunan Geran komunal adalah program terpenting dalam agenda pembangunan tanah di Sabah oleh LKTNS. Pembangunan in-situ kelapa sawit ini adalah penyambungan skim penempatan semula yang terdahulu di Sabah, tetapi pembangunan Geran komunal pada masa ini adalah lebih focus kepada pembangunan terus ke kawasan komuniti itu ataupun terus kepada rakyat miskin. Objektif projek adalah untuk menjaga, dan memberi peluang pendapatan kepada rakyat sekaligus mendapatkan pendapatan kepada negeri Sabah. Model pembangunan baru ini juga adalah salah satu cara bijak kerajaan negeri untuk mempercepatkan langkah pemberian hak asasi tanah komunal kepada rakyat luar bandar.