eSOLAT | DAILY CPO PRICE |
KENYATAAN MEDIA PENGERUSI
LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH (SLDB)
PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
19hb FEBRUARI – 4hb MAC 2021
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya.
Alhamdulillah segala puji terhadap Tuhan semesta alam diatas limpah dan rahmatNya. Selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, saya mengambil maklum terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah berkuatkuasa sejak 19hb Februari 2021.
Oleh itu, selaras dengan pengumuman pelaksanaan PKPB di negeri ini saya menyeru agar seluruh pihak warga kerja SLDB maklum dan dapat mematuhi segala SOP yang telah dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah mahupun Kerajaan Peringkat Persekutuan.
Akhir kata, perang COVID-19 belum berakhir sentiasalah kita mematuhi SOP amalkan 3W dan elakkan 3C. Bersama kita melandaikan lekuk jangkitan wabak pandemik ini.
"SABAH MAJU JAYA"