Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) telah mewujudkan Polisi Pemberi Maklumat (Whistleblowing Policy), yang telah berkuatkuasa pada 8 September 2016 yang lalu. Kewujudan polisi ini adalah untuk memudahkan kakitangan SLDB atau orang awam melaporkan kelakuan tidak wajar dan tidak berintegriti yang dilakukan oleh kakitangan SLDB, anak- anak syarikat, rakan niaga dan kontraktor yang dilantik dengan jaminan bahawa identiti pemberi maklumat dilindungi dan dirahsiakan.

Penzahiran pelaporan kelakuan tidak wajar atau apa- apa aduan am boleh disalurkan melalui beberapa cara seperti yang berikut: –

i. E- Mail (info.alert@sldb.com.my)

ii. Surat dialamatkan ke:

Integrity unit LKTNS,
Block H 47, KK Times Square,
Signature Office, Off Coastal Highway,
88100 Kota Kinabalu, Sabah

iii. Telefon Pejabat: 088-520800, (Isnin hingga Jumaat, 8:00 Pagi hingga 5:00 Petang).

iv. Laman Web SLDB (e- Whistleblowing form)

v. Janji temu bersama Ketua Jabatan / Unit Integriti

vi. Melapor terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


 Perlindungan Pemberi Maklumat 

Pemberi maklumat akan diberi perlindungan dan identitinya akan dirahsiakan, sejajar dengan prinsip- prinsip Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang mana sesuai. Perlindungan tetap akan diberikan walaupun laporan salah laku yang dibuat itu tidak membawa kepada suatu tindakan tatatertib dalaman atau pendakwaan di bawah mana- mana undang – undang.


 Perlindungan akan terbatal sekiranya; 

i. Pemberi Maklumat memberikan kenyataan palsu
ii. Pendedahan adalah dengan niat jahat atau untuk kepentingan diri sendiri
iii. Pemberi Maklumat turut serta melakukan perlakuan tidak wajar.
iv. Pendedahan kelakuan tidak wajar itu adalah remeh atau menyusahkan
v. Pendedahan yang dilaporkan mempersoalkan merit dasar kerajaan terutamanya, termasuk dasar sesuatu badan awam.
Hasil siasatan dari setiap pendedahan yang dilaporkan akan dimaklumkan kepada pemberi maklumat.


 Pelaporan kelakuan tidak wajar hendaklah mengandungi perkara berikut: 

  1. Nama pesalah laku;
  2. Keterangan insiden yang didakwa berlaku;
  3. Waktu dan tarikh kejadian;
  4. Maklumat lain yang berkenaan;
  5. Bukti sokongan (jika ada).
    Ini untuk memudahkan pengurusan terhadap setiap pendedahan kelakuan tidak wajar yang dilaporkan.