PEMPROSESAN

LKTNS telah menjalin usahasama dengan beberapa entiti perniagaan dalam industri hiliran.  Penglibatan LKTNS dalam industri hiliran seperti pemprosesan buah tandan segar (BTS) dalam menghasilkan minyak sawit mentah (MSM) menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.  Kini LKTNS telah menjalin usahasama dengan:

 

Lahad Datu Edible Oil Sdn Bhd (LDEO)

LDEO telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan adalah sebuah anak syarikat usahasama di antara LKTNS dengan Maytown Sdn Bhd (Kumpulan Wilmar International Limited).  Merupakan sebuah kilang refinery yang terletak kawasan perindustrian POIC di daerah Lahad Datu

 

Pandewan Palm Oil Mill Sdn Bhd (PPOMSB)

Kilang memproses buah tandan segar (BTS) PPOM di Nabawan telah dimulakan pembinaannya pada Januari 2013 dan mula beroperasi pada bulan November 2015.  Kilang berkapasiti 45 tan metrik per jam ini akan memproses BTS yang dihasilkan oleh ladang sawit LKTNS dan pekebun – pekebun kecil serta ladang-ladang komersil sekitar daerah Nabawan, Sook dan Sapulut.  Kapasiti kilang ini boleh ditingkatkan ke 90 tan metrik per jam sekiranya ada keperluan peningkatan pengeluaran BTS di masa akan datang.  Pada 04/11/2015 telah diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Sabah (18/2015) bagi mengadakan usahasama dengan Kilang Harta Hijau Perladangan Sawit Sdn Bhd.

Keningau Palm Oil Mill Sdn Bhd (KPOMSB)

Aktiviti utama ialah pemprosesan buah tandan segar (BTS) & “Kernel crushing plant”.  Mula beroperasi pada Julai 2003 dengan kapasiti memproses 45mt per jam dan boleh ditingkatkan ke 90 tan metrik per jam sekiranya ada keperluan peningkatan pengeluaran BTS di masa akan datang.  Dengan adanya industri hiliran sawit, ini akan memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi di Daerah Keningau dengan kepelbagaian aktiviti perniagaan dan mendorong kepada pembangunan tanah-tanah terbiar.