top of page
Art Gallery

Event Gallery

Pada 6 Januari 2025, Majlis Penuaian Sawah Padi telah berlangsung di Kampung Indai, Tuaran, menandakan kejayaan fasa pertama Projek Pembangunan Tanah Sawah Padi Terbiar. Majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (Pengerusi LKTNS), Tuan Syaheddrul R. Joddari (Pengurus Besar), Lakeming Manggih & Doris Doreen Joloni Pegawai daripada Jataban Pertanian, Encik AK Nasruddin bin PG Sabtu daripada Jabatan Pengairan & Saliran, KK Donni Dullah (Ketua Kg Indai), KK Mohd Hisyam Abdullah (Ketua Kg. Selupoh) dan Wakil peserta Kg Indai dan barisan pengurusan LKTNS. Projek ini bertujuan menghidupkan kembali 150 ekar tanah sawah yang terbiar di daerah Tuaran dengan penyertaan seramai 21 peserta. Perancangan projek telah berjalan lancar sejak kerja-kerja awal pada Mei 2024, termasuk pembersihan jalan dan perataan tanah. Kini, tuaian pertama berjaya dilaksanakan, sementara fasa kedua dijadualkan pada April 2025. Tuan Syaheddrul R. Joddari, dalam ucapannya, menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan projek ini. Beliau turut menegaskan bahawa projek ini bukan sahaja meningkatkan hasil pertanian tetapi juga memberi impak ekonomi positif kepada komuniti tempatan. Semoga dengan kolaborasi erat antara Kerajaan, LKTNS, dan masyarakat setempat, Kampung Indai Tuaran boleh menjadi contoh transformasi sektor pertanian di Sabah di masa akan datang. #Sldbsejahterabersamakomuniti #undividedcommitment #SabahMajuJaya

  • Facebook

©2026 by Sabah Land Development Board

bottom of page