Pandewan Scheme

Pandewan skim terletak di kawasan pendalaman Sabah dalam daerah Pensiangan, di mana skim ini telah dilancarkan oleh Badan Penyelaras Pandewan. Dibuka pada tahun 2009, mandate untuk membangunkan dan mengurus skim ini telah diberikan kepada pihak LKTNS adalah berlandaskan kepada minat dan persetujuan dari komuniti persekitaran. Pihak LKTNS menjangka yang pembangunan kelapa sawit di Pandewan akan dapat memperbaiki status ekonomi komuniti dengan memberi peluang pendapatan melalui pembanguna in-situ.

Skim pembayaran yang diperkenalkan oleh pihak LKTNS di Pandewan adalah melalui model sewa pajak di mana dividen akan dibayar kepada peserta hanya apabila hasil Sawit mula dikeluarkan. Selain daripada projek Sawit, strategi mempelbagaikan peluang pendapatan kepada peserta ditingkatkan oleh pihak LKTNS dengan memperkenalkan projek penanaman kayu Gaharu bersama penduduk kampong Kalas pada tahun 2010.

 

Kembali