Pegagau

Pada awal 1950an, penempatan yang terletak di Pegagau telah diasaskan oleh Haji Mohd Noor Bin Othman, merupakan salah seorang ketua masyarakat nelayan (Bajau) di Semporna. Penempatan ini awalnya terdiri dari tiga puluh (30) buah keluarga yang berminat untuk mengusahakan kerja-kerja pertanian melalui bantuan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah memperuntukan tanah untuk tujan perkampungan (yang dikenali sebagai Kampung Menteritip) dan pertanian di kawasan Pegagau. Ladang Skim Pegagau telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1966 dengan menarik seramai 172 peneroka dari kebanyakan penduduk disekitar kepulauan Daerah Semporna. Kemudian pada tahun 1969, LKTNS telah mengambil alih pengurusan ladang dari Jabatan Pertanian. Semasa pengkorporatan LKTNS, dalam tempoh 5 tahun (1996-2001) ladang skim ini telah diurus oleh Sawit Kinabalu Sdn Bhd (SKB) yang merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri. 


Kembali