Sungai Manila

Ladang Sungai Manila adalah salah satu ladang perintis dalam sejarah penubuhan skim kelapa sawit di negeri Sabah. Skim penempatan semula kelapa sawit di Sungai Manila pada mulanya dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sabah pada tahun 1965, dan ia diperkenalkan semasa perlaksanaan “Minor and Major Agriculture Scheme’. Jabatan Pertanian Negeri telah menambah keluasan penanaman kelapa sawit di Sungai Manila sebelum menyerahkan pengurusan ladang ini kepada pihak LKTNS dalam tahun 1969. Terletak 12 batu (19km) daripada pusat Bandar Sandakan, pada hari ini skim ini terletak di pusat kawasan pembangunan utama di pantai timur negeri Sabah. Skim ini telah menikmati kepesatan pembangunan negeri di mana; University Malaysia Sabah (fakulti pertanian), politeknik kolej, sekolah-sekolah, lebuhraya pantai timur dan barat adalah antara kemudahan infrastruktur dan fasiliti sosial.


Di Sabah, skim ini boleh diiktiraf sebagai satu kejayaan besar dalam sejarah penempatan semula rakyat di Sabah, khususnya Malaysia. Ini kerana lebih 40 tahun peserta skim adalah masih pemilik sah tanah-tanah di ladang Sungai Manila. Untuk menjadi negara peneraju dalam bidang pemprosesan minyak sawit, pembangunan POIC yang  berdekatan dengan skim ini akan memberi manfaat kepada peserta-peserta.





Kembali